Monday, October 26, 2009

Khidmat Masyarakat Tingkatan 1

Tema : Pencapaian Kendiri
Tajuk : Kempen Katakan Tidak Kepada Gejala Negatif
Tarikh : 11 April 2009
Tempat : Dewan Terbuka SMK Bandar Tenggara 2
Ulasan : Pameran berkaitan kempen katakan tidak kepada gejala negatif telah berlangsung pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya gerai pameran Katakan Tidak Kepada Merokok, Dadah, Seks Bebas dan Vandalisme, Pertandingan Sukaneka, Persembahan Kugiran dan Majlis Penyampaian Hadiah. Pameran ini diadakan saban tahun bagi memenuhi pelaksanaan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Gerai pameran

Pertandingan melukis poster

Persembahan Kugiran

Penyampaian hadiah

Khidmat Masyarakat Tingkatan 2

Tema : Hidup Bermasyarakat
Tajuk : Khidmat Sukarela di Rumah Anak-anak Yatim, Bukit Chagar (BARKAT)
Tarikh : 4 Julai 2009
Tempat : Johor Bharu
Ulasan : Kehadiran kami seawal 9.30 pagi disambut baik oleh penghuni Rumah BARKAT. Selepas taklimat, kerja gotong royong diteruskan mengikut kumpulan masing-masing dengan dibantu penghuni Rumah BARKAT.

p/s: Gambar slaid klik disini

Khidmat Masyarakat Tingkatan 3

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
Tajuk : Seni Warisan Pelbagai Budaya dan Kaum Di Melaka
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : Sekitar Bandaraya Melaka
Ulasan : Panitia PSK dengan kerjasama Panitia Sejarah telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Bersejarah (aka UNESCO World Heritage City) bagi mendokumentasikan Seni Warisan Pelbagai Budaya dan Kaum Di Melaka. Pelbagai tempat dilawati termasuklah Kota A Famosa yang masyhur, Muzium Negeri, Muzium Belanda, Menara taming Sari dan lain-lain. Banyak maklumat berkaitan seni budaya pelbagai kaum yang dipamerkan dalam Muzium tersebut.

Christ Church, MalaccaGereja Christ dan Muzium Belanda


Present day Porta De Santiago.Kota A Famosa


Tuesday, July 21, 2009

Khidmat Masyarakat PSK Tingkatan 4

Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 3.00 ptg
Tempat : MARDI, Kluang.
Bilangan Murid : 44/48
Bilangan Guru : 4


Avanza, Exora dan Bas yang membawa 44 orang murid telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan MARDI, Kluang. Selepas taklimat di Dewan MARDI, kami telah dijamu dengan nasi lemak dan air kotak. Kemudian kami dibawa ke Taman Herba dan deretan pokok Pala. Sebelum pulang kami melawat kandang kambing jenis Boer di Ladang 2 MARDI, Kluang.


p/s: penulis berehat seketika di gerai Cendol di bulatan T6 menuju ke Kluang.

Saturday, July 18, 2009

Khidmat Masyarakat Tingkatan 5

Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg - 12.30 tgh
Tema : Cabaran Masa Depan
Tajuk : Menyelesaikan Masalah Dalam Komuniti Sekolah

5SN1
  • Membersihkan dan mengecat garisan keselamatan termasuk palang besi tingkat bawah dan sekitar kawasan tapak perhimpunan

5SN2
  • Membersihkan pembahagi jalan dan mengecatnya dengan warna hitam-kuning di sepanjang jalan masuk dan tempat letak kereta guru.

5SN3
  • Melukis mural di Blok E dengan tema yang bersesuaian.

p/s: Bagi kelas yang telah melaksanakan tugas dan menghantar laporan akan menerima sijil penghargaan dari pihak sekolah.