Monday, October 26, 2009

Khidmat Masyarakat Tingkatan 1

Tema : Pencapaian Kendiri
Tajuk : Kempen Katakan Tidak Kepada Gejala Negatif
Tarikh : 11 April 2009
Tempat : Dewan Terbuka SMK Bandar Tenggara 2
Ulasan : Pameran berkaitan kempen katakan tidak kepada gejala negatif telah berlangsung pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya gerai pameran Katakan Tidak Kepada Merokok, Dadah, Seks Bebas dan Vandalisme, Pertandingan Sukaneka, Persembahan Kugiran dan Majlis Penyampaian Hadiah. Pameran ini diadakan saban tahun bagi memenuhi pelaksanaan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Gerai pameran

Pertandingan melukis poster

Persembahan Kugiran

Penyampaian hadiah

Khidmat Masyarakat Tingkatan 2

Tema : Hidup Bermasyarakat
Tajuk : Khidmat Sukarela di Rumah Anak-anak Yatim, Bukit Chagar (BARKAT)
Tarikh : 4 Julai 2009
Tempat : Johor Bharu
Ulasan : Kehadiran kami seawal 9.30 pagi disambut baik oleh penghuni Rumah BARKAT. Selepas taklimat, kerja gotong royong diteruskan mengikut kumpulan masing-masing dengan dibantu penghuni Rumah BARKAT.

p/s: Gambar slaid klik disini

Khidmat Masyarakat Tingkatan 3

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
Tajuk : Seni Warisan Pelbagai Budaya dan Kaum Di Melaka
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : Sekitar Bandaraya Melaka
Ulasan : Panitia PSK dengan kerjasama Panitia Sejarah telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Bersejarah (aka UNESCO World Heritage City) bagi mendokumentasikan Seni Warisan Pelbagai Budaya dan Kaum Di Melaka. Pelbagai tempat dilawati termasuklah Kota A Famosa yang masyhur, Muzium Negeri, Muzium Belanda, Menara taming Sari dan lain-lain. Banyak maklumat berkaitan seni budaya pelbagai kaum yang dipamerkan dalam Muzium tersebut.

Christ Church, MalaccaGereja Christ dan Muzium Belanda


Present day Porta De Santiago.Kota A Famosa